Amanah cari rakan koalisi serasi bukan 'perkahwinan ikut keperluan' - Mat Sabu

Mohamad ketika berucap pada Konvensyen Amanah Nasional 2023. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN
Mohamad ketika berucap pada Konvensyen Amanah Nasional 2023. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN
A
A
A

KLANG - Parti Amanah Negara (Amanah) mencari rakan koalisi yang serasi dan mempunyai objektif sama untuk memenangi pilihan raya bukannya ‘perkahwinan ikut keperluan’ semata-mata.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegasnya, tanpa keserasian dan aspirasi yang sama sesebuah kerajaan yang dibentuk sukar untuk bertahan, selain mudah rapuh.

“Mungkin ada yang kata, sukar untuk mengukur kekuatan parti kami secara objektif kerana Amanah bertanding pilihan raya sebagai rakan koalisi dalam Pakatan Harapan (PH).

“Sesungguhnya, ramai yang tidak tahu bahawa itulah ukuran kekuatan Amanah, yakni kekuatan strategi dan pendekatan politiknya yang menganjurkan politik koalisi sebagai asas kekuatan untuk memenangi pilihan raya.

“Mencari rakan-rakan koalisi yang serasi dan mempunyai cita-cita serta objektif tujuan yang sama itu adalah amat penting. Bukan sekadar perkahwinan ikut keperluan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023 di salah sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Ujarnya, menyedari hakikat itu, Amanah khususnya Kerajaan Perpaduan bertekad untuk menyelamatkan negara daripada terus berantakan.

“Kita bersama kerana mahu mengekalkan kestabilan demi memacu kembali pembangunan ekonomi, buat mensejahterakan rakyat dan mengembalikan maruah negara-bangsa ini.

Artikel Berkaitan:

“Sebenarnya kekuatan hakiki Amanah bukan sahaja terletak kepada pendekatan strategi politik atau organisasinya.

"Parti ini juga tidak meletakkan pergantungan kekuatan partinya kepada karisma serta aura seseorang pemimpin,” katanya.