Jasa, pengorbanan Allahyarham Salahuddin dikenang dalam konvensyen Amanah

Ghazali (kanan) menerima cenderamata berbentuk plak dan bingkai gambar kenangan daripada Mohamad ketika Konvensyen Amanah Nasional 2023 yang diadakan di salah sebuah hotel di Klang pada Sabtu.
Ghazali (kanan) menerima cenderamata berbentuk plak dan bingkai gambar kenangan daripada Mohamad ketika Konvensyen Amanah Nasional 2023 yang diadakan di salah sebuah hotel di Klang pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - [DIKEMAS KINI] Parti Amanah Negara (Amanah) menghargai jasa dan pengorbanan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden parti itu.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup digelar 'Bapa Rahmah' susulan keprihatinannya terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat.

Bekas ahli Parlimen Pulai tersebut turut dikenali sebagai individu yang memperkenalkan pelbagai inisiatif di bawah ‘Payung Rahmah’ sehinggakan orang ramai menyifatkan beliau antara menteri terbaik dalam Kerajaan Perpaduan.

Justeru, sempena Konvensyen Amanah Nasional 2023, adik kepada Salahuddin iaitu Ghazali Ayub menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan sumbangan Allahyarham selama ini.

Ghazali yang mewakili keluarga menerima cenderahati berbentuk plak dan bingkai gambar kenangan daripada Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sebagai rekod, Salahuddin meninggal dunia di usia 61 tahun pada 23 Julai lalu ketika masih dalam pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Difahamkan, beliau dikejarkan ke wad kecemasan HSB akibat mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Salahuddin meninggalkan seorang balu, Datin Seri Fatimah Taha dan enam orang anak.

Artikel Berkaitan: