Sila log masuk terlebih dahulu.

Rampas 4 negeri ditadbir PN dengan syarat tiada ‘cah keting’ - Mohamad

23 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 23 DISEMBER 2023

Kerajaan Perpaduan mampu merampas kembali empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya akan datang sekiranya semua parti gabungan bersatu dan tidak mengamalkan budaya ‘cah keting’.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, budaya tidak sihat itu perlu ditolak semua parti dalam kerajaan yang ada hari ini untuk memastikan usaha mengekalkan pentadbiran akan terlaksana.

Muzik: Elevate dari http://bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Amanah