Anthony Loke, Zamry, Ahmad hadiri Konvensyen Nasional Amanah

Anthony Loke hadir sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Klang pada Sabtu.
Anthony Loke hadir sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Klang pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Kehadiran beberapa pemimpin tertinggi parti gabungan Kerajaan Perpaduan ke Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2023 di salah sebuah hotel di sini, pada Sabtu menarik perhatian perwakilan yang hadir.

Antara yang hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Terdahulu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu tiba kira-kira jam 9.15 pagi bagi menyampaikan Pidato Presiden.

Konvensyen yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat menjadi tumpuan susulan akan diadakan pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah sesi 2023-2026.

Mohamad dan Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof antara yang akan merebut jawatan dalam pemilihan kali ini.

Artikel Berkaitan: