Isu PATI tak akan selesai jika dalang masih bebas

seramai 1,101 PATI tanpa dokumen sah ditahan di 'mini Dhaka' PATI dalam operasi khas sekitar Kompleks Kota Raya dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.
seramai 1,101 PATI tanpa dokumen sah ditahan di 'mini Dhaka' PATI dalam operasi khas sekitar Kompleks Kota Raya dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.
A
A
A

ISU pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia semakin berleluasa sehinggakan di setiap pelosok kota raya pasti ada kelibat warga asing.

Walaupun pihak berkuasa giat menjalankan operasi penangkapan pendatang haram, mereka seolah-olah tidak takut bahkan ada yang bertindak agresif untuk mempertahankan diri.

Pada 21 Disember, akhbar melaporkan seramai 1,101 PATI tanpa dokumen sah ditahan di 'mini Dhaka' PATI dalam operasi khas sekitar Kompleks Kota Raya dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.

Tangkapan berkenaan menunjukkan kependudukan PATI di negara ini seolah-olah sukar untuk dibendung kerana ia boleh dikatakan menjadi ‘acara’ tahunan membanteras pendatang haram.

Sebelum menuding jari kepada PATI, alangkah baiknya jika kita membangkitkan persoalan tentang cara mereka masuk dan bekerja di Malaysia.

Siapakah yang menjadi dalang dalam membantu dan membenarkan golongan itu untuk masuk ke Malaysia? Mengapakah setiap kali tangkapan PATI dibuat hanya melibatkan mereka sahaja?

Sekiranya hal ini tidak diendahkan, maka ia akan menyebabkan negara menerima kesan buruk daripada kependudukan warga asing tanpa izin.

Sebelum ini, akhbar turut melaporkan bahawa Lembah Klang menjadi ‘kawasan panas’ penempatan warga asing dan lebih mengejutkan mereka sudah mendiami lokaliti berkenaan melebihi 30 tahun.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan serbuan yang dibuat, tempat tinggal didiami oleh PATI itu bukanlah kawasan biasa yang tidak mempunyai sebarang kemudahan.

Kebanyakan tempat yang diduduki oleh mereka mempunyai kemudahan seperti wujudnya persekolahan dengan pendedahan silibus pendidikan negara jiran dan ia dilengkapi beberapa unit genset sebagai punca kuasa elektrik.

Justeru kerajaan dan pihak berkuasa memperhalusi langkah yang boleh dilakukan untuk membendung sindiket PATI ke dalam negara.