Lima premis judi kena potong bekalan elektrik

Lima premis judi online di Ampang dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik pada Jumaat.
Lima premis judi online di Ampang dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik pada Jumaat.
A
A
A

AMPANG - Lima premis judi dalam talian di sini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, premis terbabit telah diserbu pihaknya 10 Disember lalu dengan rampasan mesin perjudian serta tangkapan suspek.

"Berikutan itu, pada jam 10.30 pagi tadi (Jumaat) dengan dibantu Tenaga Nasional Berhad (TNB), operasi pemotongan elektrik dilakukan di premis terbabit.

Lima premis judi online di Ampang dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik pada Jumaat.
Lima premis judi online di Ampang dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik pada Jumaat.

"Tindakan diambil di bawah Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 38(1A) Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, polis memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan menganjurkan perjudian tanpa lesen yang sah.

Katanya, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat mengenai aktiviti judi dalam talian, diminta menyalurkan kepada pihak polis dengan segera.

End...

Artikel Berkaitan: