JDT derma RM2.9 juta buat Palestin, program kebajikan

JDT menjulang trofi Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut. - Foto Bernama
JDT menjulang trofi Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut. - Foto Bernama
A
A
A

KELAB bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan mendermakan RM2.9 juta hasil kutipan tiket dan hadiah wang kejuaraan Liga Super yang dimenangi untuk tujuan kebajikan.

Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu memaklumkan sumbangan tersebut akan disalurkan untuk bantuan kemanusiaan Palestin dan program khidmat masyarakat Yayasan JDT.

"JDT akan menderma RM1.017 juta daripada enam perlawanan di laman sendiri dari November kepada usaha kemanusiaan di Palestin.

"Wang hadiah Liga Super Malaysia sebanyak RM1.9 juta pula akan disalurkan kepada Yayasan JDT untuk pelbagai program khidmat masyarakat.

Makluman sumbangan JDT buat Palestin dan aktiviti kebajikan menerusi Facebook Johor Southern Tigers pada Jumaat.
Makluman sumbangan JDT buat Palestin dan aktiviti kebajikan menerusi Facebook Johor Southern Tigers pada Jumaat.

"JDT sudah menyumbangkan kesemua hadiah wang untuk tujuan amal sejak kelab ditubuhkan pada 2013," tulis kelab itu menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers pada Jumaat.

JDT meluaskan penguasaan saingan Liga-M apabila meraih double quadruple selepas mengulangi kejayaan muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Skuad Harimau Selatan itu menamatkan saingan Liga Super dengan 76 mata hasil 25 kemenangan, seri sekali selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 26 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

JDT turut mencipta sejarah tersendiri apabila merekodkan 100 jaringan semusim, hanya dibolosi tujuh kali selain mendominasi saingan Liga Super untuk tempoh sedekad.