Dron terbanyak sambutan JDT diiktiraf Malaysian Book of Records

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah menerima anugerah itu daripada MBOR pada Sabtu lepas.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah menerima anugerah itu daripada MBOR pada Sabtu lepas.
A
A
A
THE Malaysian Book of Records (MBOR) mengiktiraf persembahan cahaya dalam sambutan sedekad dominasi Liga Super anjuran Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim di sini baru-baru ini sebagai acara yang menyaksikan penggunaan dron terbanyak iaitu 1,010 unit.

Pemilik kelab JDT yang juga Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah menerima anugerah itu daripada MBOR pada Sabtu lepas.

Persembahan cahaya dalam sambutan sedekad dominasi Liga Super anjuran JDT baru-baru ini menyaksikan penggunaan dron terbanyak iaitu 1,010 unit.
Persembahan cahaya dalam sambutan sedekad dominasi Liga Super anjuran JDT baru-baru ini menyaksikan penggunaan dron terbanyak iaitu 1,010 unit.



Sambutan itu diraikan secara besar-besaran di Stadium Sultan Ibrahim sempena sedekad dominasi skuad JDT dalam Liga Super.

Ia sebagai simbolik kepada pencapaian luar biasa Harimau Selatan itu yang menyaksikan sejumlah 33,169 penyokong hadir pada perlawanan akhir JDT menentang Penang FC.

Sambutan itu diraikan secara besar-besaran di Stadium Sultan Ibrahim sempena sedekad dominasi skuad JDT dalam Liga Super.
Sambutan itu diraikan secara besar-besaran di Stadium Sultan Ibrahim sempena sedekad dominasi skuad JDT dalam Liga Super.



JDT menamatkan aksi terakhir Liga Super dengan berpesta gol selepas menewaskan Penang FC 8-0.

Kemenangan itu turut menyaksikan JDT merekodkan gol ke-100 pada liga musim ini selepas mengesahkan kejuaraan pada September lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!