Lelaki goda isteri orang berdepan penjara tiga tahun di Terengganu

Wan Mohd Zakri (kiri) dan Maliaman (kanan).
Wan Mohd Zakri (kiri) dan Maliaman (kanan).
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Mana-mana lelaki yang disabitkan kesalahan menggoda isteri orang di Terengganu berdepan denda RM5,000 atau hukuman tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, kesalahan menggoda dan memikat isteri orang termaktub di bawah Seksyen 43 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2001.

"Mana-mana lelaki yang terlibat dengan kesalahan itu boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Mahkamah juga boleh memerintahkan isteri itu kembali kembali kepada suaminya ini dimana mengikut hukum syariah lelaki atau perempuan ini kedua-duanya berdosa.

"Ia kerana isteri adalah milik suami, ada yang mengatakan isteri bukan harta suami tetapi dalam syariah isteri adalah milik suami dan suami berhak bertanggungjawab ke atasnya daripada A hingga Z," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Pendahuluan Nafkah kepada 21 ibu tunggal pada Khamis.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim.

Wan Mohd Zakri (tengah) dan Maliaman merakam gambar bersama 21 penerima Bantuan Pendahuluan Nafkah yang diagihkan di Kuala Terengganu pada Khamis.
Wan Mohd Zakri (tengah) dan Maliaman merakam gambar bersama 21 penerima Bantuan Pendahuluan Nafkah yang diagihkan di Kuala Terengganu pada Khamis.

Dalam pada itu, Wan Mohd Zakri berkata, kesalahan itu juga menjadi antara punca kes penceraian yang direkodkan di negeri itu

"Isu suami goda isteri orang ada di Terengganu tetapi bukan dalam bentuk pendakwaan, tetapi membabitkan penceraian.

Artikel Berkaitan:

"Ada antara alasan penceraian yang digunakan ialah kerana isteri telah mengikut orang lain keluar daripada rumah dan akhir sekali menuntut penceraian,"katanya.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang kerana ia tidak berperlembagaan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara, berkata panel hakim berpendapat seksyen itu bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

@sinarharianonline

Lelaki goda isteri orang berdepan penjara tiga tahun di Terengganu #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Isteri #Terengganu

Pink Panther Intro - Henry Mancini