Pengawal keselamatan cabul pelajar wanita dipenjara 3 bulan

Muhammad Hafas (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Khamis atas tuduhan menggunakan kekerasan untuk mencabul.
Muhammad Hafas (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Khamis atas tuduhan menggunakan kekerasan untuk mencabul.
A
A
A

MELAKA - Padah menggunakan kekerasan untuk mencabul seorang pelajar wanita di sebuah institut pengajian tinggi, seorang pengawal keselamatan akhirnya dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Hafas Sharuddin, 24, yang mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didapati telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penuntut universiti berusia 22 tahun.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 9.30 pagi di hadapan jalan bahagian tepi pintu masuk sebuah kampus universiti awam di Jalan Hang Tuah, di sini pada 10 Disember lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Muhammad Hafas (tengah) dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis.
Muhammad Hafas (tengah) dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis.

Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab. Malek merayu hukuman terhadap tertuduh diringankan kerana dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan terbabit.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya menunduk faham tanpa membuat sebarang rayuan.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar memohon agar hukuman setimpal diberikan terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan bermula tarikh tertuduh ditangkap pada 15 Disember lalu.