[VIDEO] Penghantar barang didakwa edar 112kg dadah

A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Seorang penghantar barang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu anggaran berat 112 kilogram (kg) dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh D Dkrishna Rao, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 9 Disember 2023 jam lebih kurang 8.55 malam bertempat di Jalan Tuanku Antah di Seremban telah disyaki mengedar dadah jenis syabu anggaran berat 112kg.

D Dkrishna Rao (dua dari kiri) diiring polis di mahkamah.
D Dkrishna Rao (dua dari kiri) diiring polis di mahkamah.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya, P Puspha tidak menawarkan jaminan dan tertuduh diwakili peguam A Partheeban

Mahkamah menetapkan 21 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi laporan kimia.

D Dkrishna Rao (dua dari kiri) diiring polis di mahkamah.
D Dkrishna Rao (dua dari kiri) diiring polis di mahkamah.

Artikel Berkaitan: