Suspek cubaan culik kanak-kanak warga Singapura ditahan

Seorang lelaki ditahan manakala tiga lagi masih diburu berhubung cubaan menculik seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura berusia tujuh tahun, di sini kira-kira jam 4.30 petang Isnin lalu. - Gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan manakala tiga lagi masih diburu berhubung cubaan menculik seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura berusia tujuh tahun, di sini kira-kira jam 4.30 petang Isnin lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DKEMAS KINI] Seorang lelaki ditahan manakala tiga lagi masih diburu berhubung cubaan menculik seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura berusia tujuh tahun, di sini kira-kira jam 4.30 petang Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, pada tarikh yang sama.

"Lelaki itu yang juga merupakan suspek utama juga telah direman selama tujuh hari mulai 13 Disember hingga 19 Disember 2023.

"Dia kemudiannya dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, pada Selasa.

"Lelaki tersebut yang juga seorang mekanik dan menjalankan perniagaan sendiri di rumah juga merupakan suspek utama dalam insiden tersebut," katanya.

Pada Rabu, tular di media sosial laporan akhbar Singapura, Mothership berhubung insiden tersebut.

Laporan berkenaan turut menyiarkan wajah bapa kanak-kanak tersebut yang dilaporkan mengalami beberapa kecederaan ketika cuba menyelamatkan anaknya daripada diculik.

Sementara itu, Raub berkata, hasil siasatan mendapati suspek utama merupakan ahli rakan kongsi kepada bapa mangsa merancang bersama tiga lagi suspek yang masih bebas telah menculik kanak-kanak berusia tujuh tahun tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Suspek utama juga merancang mahu melakukan pemerasan wang (tebusan), sebanyak RM300,000 daripada bapa mangsa.

"Bagaimanapun, tiada sebarang wang tebusan diberikan kepada kesemua suspek kerana pihak polis berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek utama," katanya.