CCTV bantu Polis KL banteras jenayah

Allaudeen memeriksa perbarisan pada perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada Rabu.
Allaudeen memeriksa perbarisan pada perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kewujudan banyak kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar ibu kota secara tidak langsung membantu polis dalam usaha membanteras jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kadar jenayah indeks di sekitar ibu negara turut menurun sebanyak 10 peratus sejak Januari hingga November lalu.

"Secara keseluruhan petunjuk prestasi utama (KPI) jenayah indeks bagi tempoh 1 Januari hingga 30 November lalu mencatatkan penurunan sembilan peratus, jenayah harta benda lapan peratus, dan jenayah kekerasan 12 peratus," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan, di sini pada Rabu.

Kata beliau, kadar pertuduhan yang tinggi juga hampir 70 peratus kes membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

"JSJ Kuala Lumpur juga berjaya menyelesaikan 91.52 peratus kertas siasatan yang dibuka bagi tempoh bermula Januari hingga November," katanya.

Ujar Allaudeen, keadaan jenayah masih terkawal dan masyarakat tidak perlu takut, walaupun masih berlaku satu atau dua kes jenayah.

"Bagaimanapun, kita bimbangkan jenayah komersial kerana kalau lihat apa yang berlaku di jalanan dahulu seperti pecah rumah, rompak dan sebagainya kini berlaku dalam talian.

"Mereka beralih ke jenayah komersial sebab peluang untuk dikesan dan ditangkap itu lebih sukar apabila melakukan jenayah di alam maya," katanya.

Artikel Berkaitan: