Banjir: 1,500 keluarga sumbangan pakej prihatin Petronas

Tengku Farok Hussin (tiga dari kiri) bersama Mohammad (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian kit bantuan banjir sempena Program Memacu Kehidupan Bantuan Bencana 2023 di sebuah hotel, pada Selasa. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Yayasan Petronas menyalurkan sumbangan pakej prihatin mengandungi barang kelengkapan asas bernilai RM300 kepada 1,500 keluarga mangsa banjir di Terengganu.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, sumbangan itu diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu untuk diagihkan kepada mangsa terbabit.

Beliau berkata, melalui pakej berkenaan, setiap keluarga akan menerima sumbangan kelengkapan asas seperti air mineral, selimut, tuala, peralatan mandian, berus serta makanan.

"Program Memacu Kehidupan: Bantuan Bencana 2023 merupakan salah satu usaha berterusan Yayasan Petronas bagi membantu mangsa banjir.

"Sumbangan ini diharap dapat memberi manfaat kepada seisi keluarga yang terpaksa berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS),”katanya pada majlis penyampaian sumbangan pakej prihatin tersebut di sini, pada Selasa.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.

Tengku Farok Hussin (dua dari kiri) Mohammad Ahmad Shazly Ramli (kiri) melihat kit bantuan banjir sempena Program Memacu Kehidupan Bantuan Bencana 2023 di sebuah hotel, pada Selasa. - Foto Bernama
Tengku Farok Hussin (dua dari kiri) Mohammad Ahmad Shazly Ramli (kiri) melihat kit bantuan banjir sempena Program Memacu Kehidupan Bantuan Bencana 2023 di sebuah hotel, pada Selasa. - Foto Bernama

Selain bantuan pakej prihatin, Mohammad Ahmad Shazly turut menyampaikan sumbangan bekalan bahan api dan wang sebanyak RM10,000 yang diberikan dalam bentuk Kad Hadiah Petronas untuk digunakan anggota keselamatan berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau sejak 2019, Yayasan Petronas telah menyalurkan sumbangan bernilai RM5 juta kepada isi rumah terjejas banjir. - Bernama