X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki tak mengaku curi sekampit beras

A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri sekampit beras seberat 10 kilogram (kg).

Bagaimanapun tertuduh, Wan Zuhairee Wan Jusoh, 30, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri sekampit beras seberat 10kg milik Ahmad Hafizudin Mohd di sebuah kedai runcit di Manir di sini jam 7.33 petang pada 23 Disember lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan itu berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 9 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus