Doktor, isteri dan lima anak di Gaza dibunuh kejam Israel

Gambar kenangan Dr Mads Gilbert (kiri) bersama Dr Hani al-Haitham (kanan) dan seorang lagi rakan mereka yang dirakamkan pada 2019. - Gambar Twitter @DrMadsGilbert
Gambar kenangan Dr Mads Gilbert (kiri) bersama Dr Hani al-Haitham (kanan) dan seorang lagi rakan mereka yang dirakamkan pada 2019. - Gambar Twitter @DrMadsGilbert
A
A
A

SEORANG doktor dari Norway, Dr Mads Gilbert berkongsi berita sedih pemergian rakannya yang juga Ketua Perkhidmatan Kecemasan di Hospital al-Shifa yang ‘dibunuh secara kejam’ dalam serangan Israel.

Kesedihan tambah berganda kerana ahli keluarga Dr Hani al-Haitham juga antara mangsa keganasan tentera zionis itu.

“Rakan baik saya dan rakan sekerja yang dikasihi, Dr Hani al-Haitham, ketua jabatan kecemasan Shifa (Hospital al-Shifa) telah dibunuh dengan kejam oleh Israel, bersama isteri tercintanya, Dr Sameera Ghifari dan lima anak mereka Shireen, Tia, Sameer, Wafa serta Sara.

“Tanpa belas kasihan, askar Israel yang pengecut membunuh tujuh lagi orang awam yang tidak bersenjata.

“Satu lagi serangan ke atas kita semua, ke atas semua manusia. Anda tidak akan dilupakan, kami berjanji: Kami akan membina semula Syifa, Gaza, Palestin!” ikrar Gilbert di platform X..- Agensi

Artikel Berkaitan: