WHO berang, Zionis terus serang hospital di Gaza

Orang ramai memeriksa kemusnahan pada Hospital Kamal Adwan yang diserang tentera rejim Zionis Israel. - Foto Reuters
Orang ramai memeriksa kemusnahan pada Hospital Kamal Adwan yang diserang tentera rejim Zionis Israel. - Foto Reuters
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam kemusnahan berlaku di Hospital Kamal Adwan, Gaza yang menyaksikan sekurang-kurangnya lapan pesakit meninggal dunia.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, antara mangsa yang meninggal dunia adalah kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Kenyataannya itu dikeluarkan ketika tentera Israel keluar dari hospital selepas operasi selama beberapa hari kerana mendakwa bangunan hospital itu digunakan sebagai pusat kawalan dan arahan pejuang Hamas.

Bagaimanapun, Hamas berulang kali menafikan dakwaan berkenaan.

Dalam ciapannya di platform X, Tedros berkata pihaknya terkejut dengan kemusnahan yang berlaku di hospital berkenaan sehingga ia tidak lagi boleh beroperasi.

Namun, kenyataan Tedros itu mendapat kecaman Israel kerana ketua WHO tersebut tidak menyebut mengenai ‘kubu Hamas di hospital’ dalam laporannya.

Israel berkata, sebelum memasuki hospital, pihaknya sudah berunding untuk memindahkan pesakit di kebanyakan hospital. - Awani

Artikel Berkaitan: