Penduduk Gaza kelaparan serbu trak bantuan

Puluhan yang terdesak memanjat trak dan mengagihkan sendiri kotak bantuan kepada saudara mereka yang lain. - Foto Agensi
Puluhan yang terdesak memanjat trak dan mengagihkan sendiri kotak bantuan kepada saudara mereka yang lain. - Foto Agensi
A
A
A

RAFAH - Penduduk Gaza yang kelaparan bertindak di luar kawalan apabila mereka nekad menyerbu trak bantuan demi untuk mendapatkan makanan dan bekalan lain ketika kejadian di Rafah yang bersempadan dengan Mesir.

Keadaan menjadi huru-hara selepas puluhan yang terdesak memanjat trak berkenaan dan mengagihkan sendiri kotak bantuan kepada saudara mereka yang lain.

"Situasi kemanusiaan semakin kritikal. Kira-kira sejuta penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal kini berdepan krisis kebuluran, dahaga melampau dan trauma teruk.

"Insiden di lintasan Rafah adalah tindak balas biasa. Individu yang biasanya tinggal sehelai sepinggang sanggup lakukan apa sahaja apabila berada dalam keadaan yang memaksa," kata wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud.

Sementara itu, Program Makanan Sedunia (WFP) memaklumkan separuh daripada 2.3 juta populasi di Gaza kini berdepan kebuluran setelah perang ganas itu memasuki bulan ketiga. - Agensi

@sinarharianonline Penduduk Gaza yang menghuni kem Rafah di sempadan Mesir di selatan Semenanjung Gaza dilihat mengejar dan memanjat lori bantuan yang tiba. Beberapa individu dilihat melontarkan kotak bantuan ke arah penduduk Gaza yang menanti di bawah. Muzik: Earth daripada Artlist.io #fyp#SinarTerkini#Gaza original sound - Sinar Harian

Artikel Berkaitan: