TikTok Shop Malaysia lancar TikTok Shop Mall

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Platform e-dagang, TikTok Shop melancarkan TikTok Shop Mall iaitu satu saluran atas jemputan khas untuk kedai ‘flagship’ pelbagai jenama dan peruncit dalam talian yang dilantik.

Menerusi TikTok Shop Mall, ia akan melonjakkan lagi pengalaman pembeli-belah di Malaysia dengan memberikan mereka akses kepada lebih 600 jenama tempatan dan antarabangsa yang terpilih, serta jaminan produk 100 peratus asli dan tulen, perkhidmatan pelanggan yang boleh dipercayai, dan pelbagai manfaat eksklusif.

TikTok Shop Mall tersedia sebagai saluran eksklusif dalam ‘Shop Tab’ TikTok Shop, dan memberi jaminan kualiti dan keyakinan untuk produk dan barangan yang dijual oleh jenama-jenama terpilih.

Pengenalan TikTok Shop Mall adalah satu lagi inisiatif TikTok Shop untuk menaik taraf pengalaman membeli-belah pengguna, di samping meningkatkan sokongannya terhadap PKS tempatan pada platform e-dagangnya.

Ketua Pemerolehan di TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, berkongsi, TikTok Shop komited untuk mengukuhkan perkembangan semua PKS dan jenama di platform mereka dan telah melangkah lebih jauh dengan pelancaran TikTok Shop Mall di Malaysia.

​“Manfaatnya adalah dua hala iaitu penjual mempunyai ‘cop keaslian’ tambahan pada produk mereka, manakala pembeli boleh mengenal pasti dan membeli-belah secara mudah daripada jenama kegemaran mereka dengan lebih ketenangan fikiran dan kemudahan, serta mengecapi nilai terbaik untuk pembelian mereka.

No Image Caption



“TikTok Shop Mall menawarkan polisi pemulangan atau bayaran balik 15 hari yang mudah, penghantaran percuma dan Baucar Penghantaran Xtra (Xtra Shipping Vouchers) istimewa yang boleh dinikmati untuk pembelian yang seterusnya,”katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, penjual di TikTok Shop Mall akan menerima label ‘Distinguished Mall’ pada halaman mereka, supaya boleh dikenal pasti secara mudah sebagai sebahagian daripada TikTok Shop Mall pada ‘Shop Tab’ TikTok Shop.

“Ini akan meningkatkan visibiliti jenama sepanjang keseluruhan proses beli-belah pengguna, serta menawarkan perkhidmatan pelanggan yang berdedikasi.

“Selain itu, TikTok Shop Mall turut memberi sokongan kepada penjual melalui pelbagai kempen jenama yang eksklusif, termasuk slot dan sumber khusus semasa kempen dua digit, peningkatan visibiliti dalam ‘Shop Tab’, dan sokongan pendedahan trafik,”katanya.

No Image Caption



Kini, pembeli-belah dapat memilih daripada pelbagai jenama untuk mendapatkan keperluan mereka, seperti pakaian sukan, alat memasak, aksesori kereta, barang kemas dan barangan runcit daripada jenama-jenama tempatan Malaysia seperti Elgini,Dessini,SwissThomas by T,70mai Malaysia Store,Habib Jewels, dan Mydin.

Bukan itu sahaja, TikTok Shop Mall turut menampilkan jenama-jenama antarabangsa yang digemari ramai, seperti Maybelline,Pandora,Skechers, dan JBL.

No Image Caption

Nur Azre berkata, dengan mewujudkan peluang untuk jenama-jenama memasarkan diri dengan lebih baik, pihaknya berharap akan mewujudkan lebih saluran kepada usahawan untuk meningkatkan jualan di TikTok Shop.

“Tidak kira sebagai saluran dalam talian untuk kedai fizikal yang sedia ada, atau sumber pendapatan tunggal untuk PKS, TikTok Shop akan sentiasa melengkapkan dan memperkasakan jenama-jenama ini dalam perjalanan ‘shoppertainment’ mereka.

“Jadi, peluang jenama-jenama ini untuk dilihat dan didengar adalah tidak terhad, dan semoga TikTok Shop Mall akan menjadi langkah seterusnya dalam pertumbuhan mereka,”katanya.