Huawei buka kedai flagship kedua, tawar pengalaman eksklusif

Victor Xu (tengah) merasmikan Pembukaan Kedai Flagship Huawei di The Exchange TRX pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Victor Xu (tengah) merasmikan Pembukaan Kedai Flagship Huawei di The Exchange TRX pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

HUAWEI Malaysia melancarkan kedai 'flagship' di pusat beli-belah The Exchange TRX sebagai usaha mengukuhkan asas perniagaan syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dari China itu.

Huawei Experience Store kedua itu memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman serta melihat dengan lebih dekat koleksi produk yang ditawarkan.

Pengarah Kumpulan Perniagaan Pengguna (CBG) Huawei Malaysia, Victor Xu berkata, sebagai antara pelopor kecerdasan buatan (AI), jenama itu menawarkan pelbagai inovasi terkini termasuk telefon pintar, komputer riba, peranti jalur lebar mudah alih dan banyak lagi.

Victor Xu (tengah) merasmikan Pembukaan Kedai Flagship Huawei di The Exchange TRX pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Victor Xu (tengah) merasmikan Pembukaan Kedai Flagship Huawei di The Exchange TRX pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

"Kami sentiasa berusaha untuk memberi pengalaman terbaik dalam penyampaian teknologi terkini kepada pengguna.

"Flagship store ini menawarkan pelbagai peranti Huawei untuk memenuhi keperluan gaya hidup serta teknologi kepada pengguna yang mencari produk berkualiti tinggi namun mampu milik,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Huawei Experience Store di sini pada Rabu.

Kedai flagship baharu itu menampilkan ruang pendidikan khas menggunakan televisyen pintar terbesar, Huawei Vision V98,untuk meningkatkan pemahaman pengguna terhadap peranti jenama berkenaan.

Selain itu turut disediakan sebuah bilik khas kepada pelanggan yang membeli Watch Ultimate Design dan Mate X3 untuk menikmati pengalaman 'unboxing' eksklusif.

Artikel Berkaitan:

Sempena pembukaan premis itu, pelbagai tawaran eksklusif disediakan bermula 20 Disember hingga 25 Disember 2023 antaranya pelanggan berpeluang menebus hadiah bernilai sehingga RM100,000 dengan perbelanjaan minimum RM399.

Huawei Experience Store dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam dan maklumat lanjut mengenai promosi boleh diperoleh menerusi laman web rasmi, Facebook atau Instagram Huawei.