Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Pada jam 9.02 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6645/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6675/6720 pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan
Pada jam 9.02 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6645/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6675/6720 pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT meneruskan momentum peningkatannya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Isnin, menjejaki sentimen positif susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu lepas, kata penganalisis.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6645/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6675/6720 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diunjur kekal positif pada minggu ini apabila pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengubah pendirian dasar monetari pada tahun depan.

"Pasca keputusan FOMC pada 13 Disember, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS berada di bawah paras empat peratus manakala gandingan Indeks Dolar AS (DXY) sekitar 102 mata yang rendah berbanding 104 mata sebelum mesyuarat Fed.

"Bagaimanapun hasil Perbendaharaan dua tahun AS yang memaparkan peralihan pendirian dasar monetari FOMC mungkin tidak bertahan lama berikutan kenaikan tujuh mata asas pada Jumaat lepas pada 4.44 peratus," katanya kepada Bernama

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kelompok mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9151/9284 daripada 5.9646/9703 pada akhir urus niaga Jumaat, meningkat berbanding euro kepada 5.0838/0953 daripada 5.1165/1214 dan lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.2814/2890 daripada 3.2930/2966 sebelumnya.

Selain itu, ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang Asean.

Artikel Berkaitan:

Ia turut meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.38 daripada 8.38/8.40 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 301.0/301.8 daripada 301.2/301.6.

Berbanding dolar Singapura, ringgit mengukuh kepada 3.5011/5092 daripada 3.5136/5173 pada Jumaat lepas dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.3386/3763 daripada 13.3970/41769, sebelum ini. - Bernama