Pelajar antara ditahan ganggu ketenteraman awam di kawasan banjir

15 individu ditahan polis kerana mengganggu ketenteraman awam di sekitar kawasan lampu isyarat berhampiran sebuah stesen minyak di Rantau Panjang yang dilanda banjir, semalam. - Gambar hiasan
15 individu ditahan polis kerana mengganggu ketenteraman awam di sekitar kawasan lampu isyarat berhampiran sebuah stesen minyak di Rantau Panjang yang dilanda banjir, semalam. - Gambar hiasan
A
A
A

PASIR MAS - Enam pelajar sekolah antara 15 individu yang ditahan polis kerana mengganggu ketenteraman awam di sekitar kawasan lampu isyarat berhampiran sebuah stesen minyak di Rantau Panjang di sini, yang dilanda banjir, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, kesemua mereka yang ditahan berumur antara 14 dan 20 tahun, dan sembilan saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti mengubah suai kenderaan serta tidak mempunyai lesen memandu.

"Pada kira-kira jam 6 petang, pihak polis telah terima makluman daripada orang awam menyatakan terdapat aktiviti bermotosikal yang mengganggu ketenteraman awam di sekitar kawasan lampu isyarat sebuah stesen minyak Rantau Panjang yang dinaiki air.

"Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah membuat pemantauan dan mengambil tindakan menahan 15 motosikal dan membawa balik ke Balai Polis Rantau Panjang untuk proses dokumentasi serta pengeluaran saman atas pelbagai kesalahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular di media sosial sekumpulan penunggang motosikal berkumpul di lokasi itu yang dinaiki air susulan limpahan air Sungai Golok. - Bernama

Artikel Berkaitan: