SPRM umum dua pelantikan pegawai kanan baharu

Abd Aziz Aban, Ahmad Khusairi Yahaya
Abd Aziz Aban, Ahmad Khusairi Yahaya
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan pelantikan Pengarah Bahagian Perisikan, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya sebagai Pengarah Bahagian Siasatan baharu berkuat kuasa 24 Disember lalu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Simi Abdul Ghani, 60, yang bersara wajib pada tarikh sama selepas berkhidmat selama 36 tahun bersama Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai SPRM bermula sebagai pegawai siasatan pada 1983.

Ahmad Khusairi, 52, yang memulakan kerjaya sebagai pegawai siasatan pada 1992 sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan serta Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Datuk Abd Aziz Aban, 55, pula dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perisikan bagi menggantikan Ahmad Khusairi berkuat kuasa tarikh sama.

Abd Aziz sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pengarah SPRM Kelantan dan Pengarah SPRM Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan: