Tebusan Israel pegang baju putih semasa ditembak tentera zionis – IDF

Tiga tebusan yang dubunuh oleh tentera Israel dikenal pasti sebagai (dari kiri ke kanan) Yotam Haim, Alon Shamriz dan Samer Talalka.
Tiga tebusan yang dubunuh oleh tentera Israel dikenal pasti sebagai (dari kiri ke kanan) Yotam Haim, Alon Shamriz dan Samer Talalka.
A
A
A

GAZA - Tiga tebusan Israel yang tersilap dibunuh oleh tentera zionis itu di Gaza ditembak mati sambil memegang baju T berwarna putih, kata seorang pegawai Angkatan Pertahanan Israel (IDF).

Pegawai itu berkata, kes itu 'bercanggah dengan peraturan tindakan kami' dan siasatan sedang berlaku di 'peringkat tertinggi'.

Ketiga-tiga tebusan yang ditembak mati secara tersilap oleh tentera Israel ialah Yotam Haim, 28, Samer Talalka, 22, dan Alon Shamriz, 26.

Kesemua mereka dilaporkan terbunuh di Shejaiya pada Jumaat lalu.

Tentera Israel menghadapi tentangan sengit di kawasan berhampiran Bandar Gaza.

Kes itu akan menambah tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk mencapai kesepakatan bagi pembebasan tawanan yang kekal di Gaza.

Sehingga kini, lebih 120 orang kekal sebagai tebusan di Gaza, selepas diculik dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Penantian keluarga mereka telah mencengkam Israel, ketika tentera melakukan serangan terhadap Hamas.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu sidang akhbar pada petang Sabtu bahawa tidak akan ada berhenti dalam operasi Israel.

"Tekanan tentera diperlukan untuk mengembalikan tebusan dan untuk kemenangan. Tanpa tekanan tentera... kita tidak mempunyai apa-apa," kata Netanyahu.

Seorang pegawai tentera Israel, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata, siasatan awal yang dibuat oleh IDF mencadangkan tiga tebusan itu muncul tanpa berbaju dari sebuah bangunan, dengan seorang daripada mangsa memegang sebatang kayu berikat kain putih.

Pegawai itu menegaskan, salah seorang askar di lapangan berasa terancam, kerana lelaki berkenaan berada pada jarak berpuluh-puluh meter dan mengisytiharkan diri sebagai 'pengganas' menyebabkan tembakan dilepaskan.

Ekoran tembakan itu, dua tebusan serta-merta manakala mangsa ketiga yang cedera, kembali ke bangunan tempat dia bersembunyi.

Susulan itu, tebusan yang terselamat kedengaran menjerit meminta pertolongan kedengaran dalam bahasa Yahudi seraya menyebabkan komander batalion mengarahkan tentera untuk menghentikan tembakan.

Tidak lama kemudian, tebusan yang terselamat itu muncul semula, namun, dia juga ditembak dan dibunuh oleh tentera Israel, jelas pegawai itu lagi.

Tidak pasti sama ada ketiga-tiga tebusan Israel itu telah ditinggalkan oleh penculik atau melarikan diri, tambah pegawai itu.

Sementara itu, seorang tebusan warga Thailand yang dibebaskan daripada tahanan bersama ketiga-tiga lelaki itu berkongsi pengalaman menghabiskan masa bersama.

Wichian Temthong, 37, berkata, dia sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui kematian ketiga-tiga yang menghabiskan masa selama hampir 50 hari dalam kurungan.

Kata Tenthong, ketiga-tiga mereka tidak mempunyai bahasa yang sama, justeru, hanya isyarat tangan menjadi perantara komunikasi selain memberi sokongan moral antara satu sama lain.

Di Tel Aviv, saudara-mara tebusan yang masih ditahan di Gaza dijangka bertindak balas terhadap kejadian itu kemudian pada hari Sabtu di luar Muzium Seni bandar itu, di tempat yang kini dikenali sebagai Dataran Tebusan.
Di Tel Aviv, saudara-mara tebusan yang masih ditahan di Gaza dijangka bertindak balas terhadap kejadian itu kemudian pada hari Sabtu di luar Muzium Seni bandar itu, di tempat yang kini dikenali sebagai Dataran Tebusan.

Di Tel Aviv, saudara-mara tebusan yang masih ditahan di Gaza dijangka bertindak balas terhadap kejadian itu kemudian pada hari Sabtu di luar Muzium Seni bandar itu, di tempat yang kini dikenali sebagai Dataran Tebusan.

Sejak berakhirnya gencatan senjata sementara antara Israel dan pasukan pejuang Hamas awal bulan ini, keluarga mangsa tebusan telah menggesa kerajaan Israel untuk mencapai gencatan senjata baharu untuk sekurang-kurangnya beberapa tawanan dibebaskan.

Perjanjian awal membawa kepada pembebasan lebih daripada 100 tebusan, sebagai pertukaran untuk rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.

"Kerajaan Israel harus membuat tawaran kepada Hamas yang tidak boleh mereka tolak. Gencatan senjata, pertukaran, apa sahaja yang diperlukan. Kerajaan tidak melakukan apa-apa," luah Lior Peri, 79, bapa kepada tebusan yang terbunuh, Haim kepada BBC.

Peperangan di Gaza, yang dilancarkan sebagai tindak balas kepada serangan Hamas yang mengorbankan kira-kira 1,200 di Israel, telah membunuh lebih daripada 19,000 rakyat Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Sementara, puluhan ribu mangsa lain cedera dan kehilangan tempat tinggal.

Kawasan yang luas di Gaza dan Tebing Barat musnah akibat kegilaan Israel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran krisis kemanusiaan di tengah-tengah kekurangan bekalan asas yang meluas.

Pihak berkuasa Israel berkata, matlamat serangan itu adalah untuk memusnahkan Hamas dan membebaskan tebusan.

Di tengah-tengah korban orang awam Palestin yang semakin meningkat, pihak berkuasa Israel telah mendapat tekanan antarabangsa yang semakin meningkat, termasuk daripada sekutu utama negara itu, Amerika Syarikat (AS), tetapi mereka tetap menolak gesaan untuk melaksanakan gencatan senjata.

Pendirian yang sama diulangi dinyatakan Netanyahu pada semalam (Sabtu).

“Walaupun dalam kesedihan, walaupun (mendapat) tekanan antarabangsa, kami (akan) teruskan (peperangan) sehingga akhir, tiada apa yang akan menghalang kami,” tegas Netanyahu. - Agensi