Rombakan Kabinet bukan kerana percaturan dalaman PKR

Jimmy (tengah) menyerahkan sijil kepada penerima pada Hari Terbuka Parlimen Tebrau 2023, Mini Karnival Kerjaya, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Sukan Rakyat Futsal Bistari Perdana di Bandar Bistari Perdana, Pasir Gudang pada Ahad.

A
A
A

PASIR GUDANG - Rombakan Kabinet dilakukan Perdana Menteri pada Selasa bukan disebabkan percaturan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Naib Pengerusi II PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pihaknya menafikan dakwaan rombakan dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR itu disebabkan terdapat dua kem dalam parti berkenaan malah tiada agenda tersirat.

Beliau yang juga Ketua PKR Cabang Pulai menegaskan, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali dan rombakan dibuat untuk kepentingan rakyat.

"Saya rasa dakwaan ini tak munasabah dan tiada merit.

Jimmy (duduk, tengah) bersama sebahagian daripada 100 suri rumah yang menerima Sijil Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) tajaan Pusat Khidmat Parlimen Tebrau.
Jimmy (duduk, tengah) bersama sebahagian daripada 100 suri rumah yang menerima Sijil Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) tajaan Pusat Khidmat Parlimen Tebrau.

Rombakan Kabinet adalah di bawah kuasa prerogatif Perdana Menteri, tidak ada isu dengan parti. Rombakan ini untuk kuatkan 'team' sedia ada.

"Saya tidak nampak apa-apa kem dalam PKR, tiada kem Anwar atau (Timbalan Presiden PKR), Rafizi Ramli.

"Yang ada hanya satu kem sahaja dalam PKR. Saya tak nampak ada percaturan, rombakan ini supaya perkhidmatan kerajaan lebih lancar untuk rakyat Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan Hari Terbuka Parlimen Tebrau 2023, Mini Karnival Kerjaya, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Sukan Rakyat Futsal Bistari Perdana di Bandar Bistari Perdana di sini pada Ahad.

Jimmy beramah mesra dengan peniaga semasa melawat gerai sempena Hari Terbuka Parlimen Tebrau 2023, Mini Karnival Kerjaya, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Sukan Rakyat Futsal Bistari Perdana di Bandar Bistari Perdana, Pasir Gudang pada Ahad.

Ahli Parlimen Tebrau itu turut menyerahkan Sijil Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) tajaan Pusat Khidmat Parlimen Tebrau kepada 100 suri rumah dalam kawasan Parlimen berkenaan.

Pada Selasa, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan bertujuan membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.