Klopp janjikan Ten Hag tentangan sengit derbi jagoan Inggeris

Klopp - Foto AFP
Klopp - Foto AFP
A
A
A

KEMENANGAN besar Liverpool 7-0 ke atas Manchester United di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu disifatkan berlaku sekali seumur hidup.

Itu tegas pengendali Liverpool, Jurgen Klopp sambil menjanjikan perlawanan derbi kedua-dua jagoan Inggeris sebagai sesuatu yang paling istimewa pada awal pagi Isnin ini.

“Kemenangan 7-0 hari itu adalah keputusan aneh yang berlaku sekali dalam hidup. Dan jika ia membantu sesiapa untuk perlawanan seterusnya, ia adalah pasukan yang tewas 0-7 dan bukan pasukan menang 7-0, itu perkara lain.

“Jika anda mengambil kira semuanya secara positif, maka kami bermain menentang seteru sejarah pasukan Liverpool FC di laman sendiri di Anfield.

“Ia menjadikannya permainan istimewa dan saya mahu lihat setiap pemain benar-benar memahami keadaan dan berikan yang terbaik, itu sahaja yang saya perlukan daripada mereka,” kata Klopp.

United kendalian Erik ten Hag tampil dengan prestasi tinggi musim lalu apabila memenangi Piala Liga bagi menamatkan kemarau trofi selama enam tahun.

Bagaimanapun anak buah ten Hag itu gagal mengekalkan momentum apabila tewas 0-7 kepada Liverpool seminggu kemudian sekaligus kekalahan terburuk kelab dari Old Trafford dalam 92 tahun.

Klopp melakukan persediaan rapi menjelang derbi dua jagoan Inggeris itu apabila merehatkan pemain utama selepas mengungguli saingan kumpulan Liga Europa untuk perlawanan terakhir, ketika tewas 1-2 kepada Union St Gilloise pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Jelas Klopp, penggiliran pemain adalah penting pada ketika ini dengan perlawanan suku akhir Piala Liga menentang West Ham United menanti pada Khamis sebelum berdepan Arsenal hujung minggu berikutnya.

“Saya tidak pasti bagaimana dengan jadual lain tetapi ini adalah jadual yang perlu kami harungi musim ini. Mulai sekarang semuanya berkenaan laluan ke final, begitulah keadaannya. Disember sentiasa mengingatkan semua pasukan untuk mengharunginya,” katanya.

LIGA PERDANA INGGERIS

AHAD (17 DISEMBER)

Burnley lwn Everton, 1.30 pagi

West Ham United lwn Wolverhampton, 10 malam

Brentford lwn Aston Villa, 10 malam

Arsenal lwn Brighton, 10 malam

ISNIN (18 DISEMBER)

Liverpool lwn Manchester United, 12.30 tengah malam