PSG kena banyak buat kerja rumah

Enrique. - Foto Agensi
Enrique. - Foto Agensi
A
A
A

PARIS Saint-Germain (PSG) kini berada di kedudukan teratas Ligue 1 dan layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Namun disebalik itu pengendali, Luis Enrique percaya masih banyak elemen yang perlu diperkemaskan gergasi Perancis tersebut pada masa depan.

Kelab Paris itu sebelum ini meraih keputusan seri 1-1 di Borussia Dortmund memastikan tempat di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dan mendahului empat mata di Ligue 1, menyaksikan pengendali kelahiran Sepanyol tersebut kemajuan secara konsisten kelab tersebut.

“Saya tidak mempunyai keraguan bahawa kita akan menjadi lebih baik. Semua pemain saya telah bertambah baik dalam beberapa bulan ini.

“Pada Februari saya tidak ragu-ragu bahawa kami akan mempunyai pemain kembali daripada kecederaan besar, kami terbuka untuk jendela perpindahan dan peluang untuk membawa pemain.

“Jadi mengapa saya bersikap negatif atau tidak menyakini kemampuan pasukan? Saya optimis, itulah sifat saya,” kata Enrique.

PSG menduduki tempat kedua dalam Kumpulan F di belakang Dortmund tetapi Enrique gembira dengan pendekatan kelab itu mengharungi ‘kumpulan maut’ yang dibarisi AC Milan dan Newcastle United.

“Jika anda melihat statistik pasukan, kami adalah pasukan pemimpin dalam hampir setiap aspek utama, pemilikan, peluang, percubaan gol.

Artikel Berkaitan:

“Kami sememangnya antara pasukan terbaik tetapi dalam peringkat kumpulan kami berdepan pasukan yang boleh anda hadapi dalam 16 perlawanan terakhir, suku akhir atau separuh akhir.

“Dan sudah tentu saya optimis kerana ini bukan kumpulan Liga Juara-Juara biasa-biasa. Ia adalah yang paling sukar dalam kejuaraan ini dan kami berjaya memenuhi syarat,” katanya.

Awal pagi Isnin, PSG akan berkunjung ke Lille, yang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam sembilan perlawanan liga terakhir, selain memimpin kumpulan saingan Liga Konferensi Europa dalam enam perlawanan.

“Saya fikir mereka tidak terkalahkan sejak 26 September lebih tepat lagi.

“Saya fikir mereka mempunyai pertahanan kedua terbaik (selepas Nice). Kami bermain di stadium mereka, mereka adalah pasukan yang agresif, jadi ia adalah salah satu perlawanan paling sukar dalam liga,” kata Enrique.