Kandungan media sosial dibuang kerana promosi jualan haram, penipuan

Fahmi Fadzil - Foto Bernama
Fahmi Fadzil - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Sabtu menafikan dakwaan kononnya kerajaan membuang kandungan di platform media sosial kerana mengkritik beliau atau Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, tindakan kerajaan membuang kandungan di beberapa platform media sosial disebabkan 70 peratus daripadanya mengandungi promosi jualan haram dan penipuan dalam talian.

Fahmi turut berkongsi statistik kandungan memudaratkan pada tahun ini, iaitu 25,642 kandungan berbanding 1,019 pada 2022 dengan 18,140 kandungan tahun ini merupakan penipuan dan penjualan haram, diikuti 4,008 kandungan berita palsu, 2,858 kandungan jelik, 599 bersifat pornografi dan 37 kandungan bersifat mengancam.

"Tahun ini kita buang 18,140 kandungan penipuan. Zaman Annuar Musa (bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa) buang berapa? 315 je.



"Takkan dia tak cergas lawan penipuan pun nak salahkan saya?,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook dan X pada Sabtu.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan mengulas berita bertajuk ‘Padam Kandungan: Langkah ke Arah Cengkaman Media’, yang diterbitkan Harakahdaily hari ini.
Artikel Berkaitan:


Media tempatan melaporkan syarikat induk Facebook, Meta dan TikTok, mengakui menerima peningkatan permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk mengalih keluar kandungan atau menyekat akaun di platform berkenaan, bagi tempoh enam bulan pertama 2023. - Bernama