Hafidz Roshdi selamat bernikah dengan Athira Yuhada

Tangkap layar hantaran aplikasi Instagram Hafidz Roshdi pada Sabtu.
Tangkap layar hantaran aplikasi Instagram Hafidz Roshdi pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelakon, Hafidz Roshdi akhirnya menjawab teka-teki mengenai majlis pernikahan bersama pasangan pilihan, Athira Yuhada selepas mengumumkan berita gembira tersebut di aplikasi Instagram pada Sabtu.

Menerusi hantaran itu, Hafidz memuat naik sekeping gambar berserta video meluahkan rasa syukur apabila sah bergelar suami kepada Athira.

“Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, khabar angin mengatakan pasangan kontroversi itu bakal mendirikan rumah tangga pada 16 Disember, namun Hafidz, 29, enggan memberi sebarang komen.

Sebelum ini, Athira didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri, Nurul Shuhada.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Artikel Berkaitan: