Warga asing sembunyi bawah kren, dalam longkang elak dicekup

Seorang warga asing cuba bersembunyi di bawah kren elak ditahan. - Foto Jabatan Imigresen
Seorang warga asing cuba bersembunyi di bawah kren elak ditahan. - Foto Jabatan Imigresen
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 56 warga asing ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan negeri dan Kompleks Sultan Abu Bakar Jabatan Imigresen Malaysia sempena Ops Mahir di Sedenak Johor, pada jam 2.55 petang Khamis.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Johor, Baharuddin Tahir, hasil risikan setelah menerima aduan awam mendapati pekerja warga asing tersebut tidak memiliki permit serta pas yang sah.

Sebahagian warga asing cuba bersembunyi elak dicekup. - Foto Jabatan Imigresen Negeri Johor
Sebahagian warga asing cuba bersembunyi elak dicekup. - Foto Jabatan Imigresen Negeri Johor

Katanya, ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan untuk melarikan diri selain ada yang cuba bersembunyi di bawah kren serta dalam longkang bagi mengelak daripada dicekup.

"13 lelaki warga China, 12 (Pakistan), 12 (Bangladesh), lapan (Indonesia), tujuh (Myanmar), tiga (India) dan seorang lelaki Nepal ditahan.

Sebahagian warga asing dikumpulkan setelah ditahan. - Foto Jabatan Imigresen Negeri Johor
Sebahagian warga asing dikumpulkan setelah ditahan. - Foto Jabatan Imigresen Negeri Johor

“Kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah, Seksyen 15(1)(c) tinggal lebih masa, Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna Pas lawatan Sosial (PLS) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan,” katanya.

Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika.

Artikel Berkaitan: