'Andai ada peluang, esok juga saya berjuang di bumi Palestin'

Peserta tetap bersemangat menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel walaupun dalam keadaan hujan ketika Himpunan Malaysia Bangkit Tolak Veto Amerika di PBB berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak pada Jumaat.

A
A
A

KUALA LUMPUR - "Jika diberi peluang esok juga saya akan ke Palestin untuk berjuang".

Demikian reaksi seorang individu ketika menyertai Himpunan Malaysia Bangkit Tolak Veto Amerika di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak dekat sini pada Jumaat.

Abdul Ghaffar Mohd, 23, berkata, serangan bertali arus pengganas Israel terhadap Palestin memberikan kesan besar terhadap jiwanya.

Dia berkata, sikap ganas dan tidak berperikemanusiaan Israel jelas sekali menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tiada tempat di dunia ini.

Ratusan peserta berhimpun menyatakan kutukan terhadap kekejaman Israel dalam Himpunan Malaysia Bangkit Tolak Veto Amerika di PBB berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak dekat sini pada Jumaat.

"Setiap hari saya baca laporan daripada media berkaitan kekejaman Israel ini yang mana sewenangnya membunuh warga Gaza, tidak mengira kanak-kanak atau wanita sekali gus menunjukkan betapa zalimnya mereka.

"Hati saya remuk, hancur tak terkata, andai saya punyai peluang, mahu saja saya ke sana untuk bersama berjuang menentang pengganas Israel itu," katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Menurutnya, sikap angkuh Israel ini turut sama didorong dengan sokongan Amerika Syarikat yang sentiasa memberikan bantuan kepada rejim itu.

Artikel Berkaitan:

"Amerika Syarikat ini antara negara kuasa besar dunia, seharusnya berusaha mengelakkan kancah peperangan ini berlarutan, namun perkara ini tidak berlaku.

Keadaan hujan ketika Himpunan Malaysia Bangkit Tolak Veto Amerika di PBB tidak melemahkan semangat peserta untuk terus memberikan sokongan kepada rakyat Palestin.
Keadaan hujan ketika Himpunan Malaysia Bangkit Tolak Veto Amerika di PBB tidak melemahkan semangat peserta untuk terus memberikan sokongan kepada rakyat Palestin.

"Sebaliknya Amerika Syarikat terus menerus beri sokongan malahan bantuan senjata menyebabkan Israel menjadi besar kepala dan berterusan menyerang serta membunuh rakyat Palestin, perkara ini memang saya tidak dapat terima sama sekali," katanya.

Himpunan terbabit bermula sekitar jam 2 petang itu turut bergema dengan laungan takbir serta kutukan terhadap Israel dengan dihadiri ratusan peserta.

Himpunan anjuran Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) itu turut menggabungkan kira-kira 20 NGO tempatan yang turut sama menzahirkan sokongan terhadap Palestin serta mengutuk kekejaman rejim Zionis itu.

@sinarharianonline Walaupun hujan, para peserta Himpunan Malaysia Bangkit Tolak Veto Amerika di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetap bersemangat hadir di Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur ke Kedutaan Amerika Syarikat#fyp original sound - Sinar Harian