Covid-19: Dos ketiga tingkat perlindungan kumpulan rentan

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

NEGARA akan lebih cepat terbebas daripada rantaian wabak Covid-19 sekiranya rakyat terutamanya golongan rentan atau berisiko tinggi bersetuju untuk mengambil dos penggalak ketiga vaksin.

Pemberian dos penggalak itu dilihat sebagai usaha murni daripada kerajaan untuk meningkatkan perlindungan kepada kumpulan sasar yang mempunyai imun rendah khususnya kanak-kanak dan warga emas.

Pada Khamis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan bakal mengeluarkan arahan pelaksanaan dos penggalak ketiga dalam masa terdekat berikutan peningkatan kes yang membimbangkan kebelakangan ini.

Berdasarkan data laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi KKKMNOW pada 9 Disember lalu, seramai 2,552 orang telah dijangkiti virus berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,123,672.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 20,017 kes yang masih aktif dengan pecahan sebanyak 19,550 kes sedang menjalani kuarantin kendiri (self-quarantine) di rumah masing-masing manakala 446 kes dirawat di hospital.

Selain itu, seramai 21 pesakit kini menjalani rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 13 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Oleh yang demikian, kini secara keseluruhannya, negara mencatatkan jumlah kes jangkitan Covid-19 sebanyak 19,553 kes dalam tempoh 14 hari sahaja.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berkata, bekalan vaksin sedia ada dijamin mencukupi dan belum mencapai tarikh luput.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya lagi, dos penggalak ketiga berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan strain baharu Covid-19.

Justeru, kerajaan wajar melaksanakan prosedur tersebut dengan merangka strategi berkesan termasuk memfokuskan golongan sasaran dan negeri-negeri yang mempunyai peratusan kadar vaksinasi rendah terlebih dahulu.

Difahamkan, negara jiran seperti Singapura dan Thailand sudah mula memberikan dos penggalak kepada rakyat dan diharapkan Malaysia mampu mewajibkan pemberian vaksin ketiga ini tidak lama lagi.

Apa pun, rakyat perlu menyambut baik perkara tersebut dan terbuka untuk mengambil dos penggalak ketiga sebagai langkah bersama mengekang penularan wabak mematikan ini.