CEO Ryanair dilempar kek oleh aktivis alam sekitar

Tindakan itu sebagai satu bantahan terhadap pelepasan karbon oleh syarikat penerbangan tersibuk Eropah itu. - Gambar/ REUTERS
Tindakan itu sebagai satu bantahan terhadap pelepasan karbon oleh syarikat penerbangan tersibuk Eropah itu. - Gambar/ REUTERS
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Ryanair, Michael O'Leary dilempar kek pai berkrim oleh dua aktivis alam sekitar di luar ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU) di Brussels pada Khamis.

Memetik laporan Reuters, tindakan itu sebagai satu bantahan terhadap pelepasan karbon oleh syarikat penerbangan tersibuk Eropah itu.

Menerusi klip video yang tular di media sosial, aktivis wanita yang memakai serba hitam itu melempar pai ke arah muka O'Leary ketika beliau ingin bergambar dengan potongan kadbod Presiden EU, Ursula von der Leyen.

Sejurus itu, seorang lagi penunjuk perasaan bertindak melempar kuih pai di bahagian belakang kepala O'Leary.

"Selamat datang ke Belgium! Dan hentikan pencemaran menggunakan penerbangan," kata aktivis tersebut sejurus menyerang O'Leary.

Identiti kedua-dua aktivis tersebut masih belum dikenal pasti.

Bagaimanapun, penggguna media sosial menyifatkan insiden itu rentetan daripada polisi Ryanair yang tidak memberi perhatian kepada pencemaran alam sekitar.

Ryanair ialah syarikat penerbangan terbesar di Eropah mengikut bilangan penumpang dan menerbangkan lebih 20 penumpang ketika ini berbanding sebelum wabak COVID-19.

Artikel Berkaitan:

Agensi Pengangkutan & Alam Sekitar (T&E) yang berpangkalan di Brussels menganggarkan Ryanair mengeluarkan 13.3 juta tan karbon pada 2022 sekali gus dilabelkan sebagai syarikat penerbangan di Eropah yang paling mencemarkan.

Terdahulu, O'Leary berada di Brussels untuk menyampaikan petisyen kepada von der Leyen dengan 1.5 juta tandatangan yang menuntut agar penerbangan dibenarkan melintasi ruang udara Perancis semasa serangan kawalan trafik udara di sana.