Yong Soo Heong dilantik Presiden MPI

Soo Heong dilantik sebagai Presiden Malaysian Press Institute (MPI) yang baharu. - Foto fail Bernama
Soo Heong dilantik sebagai Presiden Malaysian Press Institute (MPI) yang baharu. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dilantik sebagai Presiden Malaysian Press Institute (MPI) yang baharu.

Pelantikan beliau yang kini merupakan Ketua Pengarang portal berita The Weekly Echo itu dibuat menerusi pemilihan tiga jawatan utama majlis pentadbiran Mesyuarat Agung Luar Biasa MPI pada Khamis.

Pada sesi pemilihan tersebut juga, Pengarang Kumpulan The New Straits Times, Farrah Naz Karim dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala Pengarang Pengurusan Star Media Group, Brian Martin, sebagai Naib Presiden.

Menurut Soo Heong, memandangkan landskap media semakin berkembang, MPI boleh menjadi lebih inklusif dan relevan kepada industri media dengan mengadakan lebih banyak program-program latihan.

"Program-program latihan ini bertujuan untuk membantu melahirkan lebih ramai wartawan yang berkualiti dan berkebolehan tinggi dalam usaha membantu meningkatkan taraf kewartawanan di negara ini.

"Dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, MPI akan menjemput lebih banyak media untuk menyertai MPI sebagai ahli," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh MPI.

Kenyataan itu menjelaskan, tempoh perkhidmatan ahli majlis pentadbir adalah sehingga mesyuarat Agung MPI yang akan diadakan sebelum pertengahan tahun hadapan.

MPI mempunyai enam orang ahli majlis pentadbir termasuk tiga jawatan yang baharu dilantik.

Artikel Berkaitan: