Muhammad Zaly Shah dilantik Presiden CILTM baharu

Muhammad Zaly Shah
Muhammad Zaly Shah
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Ts Dr Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein dilantik sebagai Presiden Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM) baharu.

Pemilihan untuk jawatan itu dilakukan dalam satu mesyuarat tahunan institut berkenaan pada Sabtu.

Muhammad Zaly Shah berkata, ahli-ahli CILTM yang berpengalaman diajak untuk bersama-sama memikirkan hala tuju logistik dan pengangkutan pada masa akan datang.

“Harapan saya adalah untuk memberikan manfaat kepada ahli, fokus kepada jaringan akademik, industri dan pengantarabangsaan.

“Ahli-ahli baharu yang dilantik diharap dapat memberi khidmat terbaik kepada CILTM khususnya di Malaysia dan amnya di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, ujar beliau, CILTM telah dilantik sebagai Badan Peneraju Perindustrian Kebangsaan (ILB) bagi sektor logistik dan pengangkutan.

Justeru, menurutnya, CILTM sentiasa bersedia menjadi pakar rujuk dan pemikir negara untuk bidang logistik dan pengangkutan.

“Peranan Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia dan Next Generation Malaysia akan dipergiatkan dengan menganjurkan program-program yang inovatif dan kreatif untuk menarik minat golongan muda dalam bidang-bidang logistik, pengangkutan dan rantaian bekalan.

Artikel Berkaitan:

“Ini selari dengan agenda Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara untuk pembangunan negara melalui aplikasi teknologi,” ujarnya.