Polis kesan dua kanak-kanak nampak Zayn Rayyan di Blok R

Allahyarham Zayn Rayyan
Allahyarham Zayn Rayyan
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember lalu.

Laluan menuju ke anak sungai yang menjadi lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan berdekatan Blok R, Apartment Damansara.
Laluan menuju ke anak sungai yang menjadi lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan berdekatan Blok R, Apartment Damansara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi kanak-kanak itu berjaya dikesan menerusi pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara besar-besaran baru-baru ini.

"Siasatan mendapati dua kanak-kanak ini mendakwa ternampak Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R pada petang 5 Disember lalu.

"Setakat ini, polis telah mengambil 10 sampel DNA menjadikan sebanyak 238 sampel," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, setakat ini, seramai 86 individu telah direkod keterangan.

Pada Rabu, polis memaklumkan pihaknya menemukan sehelai stoking di kawasan takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan pada 6 Disember lalu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada stoking berkenaan adalah milik kanak-kanak autisme itu atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan: