Pemilik mahkota Unduk Ngadau genggam ijazah

Maya menerima skrol pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-25 di UMS Kota Kinabalu pada Selasa
Maya menerima skrol pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-25 di UMS Kota Kinabalu pada Selasa
A
A
A

KOTA KINABALU - Pemilik mahkota Unduk Ngadau 2021, Maya Hejnowska, 23, berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Seni Muzik) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Selasa.

Gadis manis berdarah kacukan Kadazan-Poland itu antara 4,236 graduan yang menerima skrol pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-25.

Maya yang juga graduan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) UMS berkata, kunci kejayaan menamatkan pengajiannya itu atas sokongan tidak berbelah bahagi ibunya, Jenne Lajiun, 52, yang merupakan wartawan akhbar tempatan Sabah.

Maya bersama ibunya, Jenne Lajiun pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-25 di UMS Kota Kinabalu.
Maya bersama ibunya, Jenne Lajiun pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-25 di UMS Kota Kinabalu.

Menurutnya, walaupun masih bergelar penuntut di UMS ketika menyertai pertandingan Unduk Ngadau, namun dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya.

Ini terbukti apabila dia akhirnya berjaya memegang skrol dalam konvokesyen itu.

Maya Hejnowska, pemilik mahkota Unduk Ngadau 2021
Maya Hejnowska, pemilik mahkota Unduk Ngadau 2021

"Ibu sentiasa menyokong apa saja yang saya lakukan sehingga sanggup menemani saya ke mana-mana terutama ketika terlibat dalam pertandingan Unduk Ngadau pada 2021 di mana ketika itu negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

"Ibu saya juga pengurus dan mengimbangi aktiviti luar saya supaya sesi pembelajaran tidak terganggu," katanya pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Pemilik mahkota Unduk Ngadau 2021, Maya Hejnowska.
Pemilik mahkota Unduk Ngadau 2021, Maya Hejnowska.

Anak kedua daripada tiga beradik itu turut berkongsi bahawa pengurusan masa sangat penting untuknya yang begitu aktif menyertai aktiviti lain di luar universiti.

"Kejayaan saya menguruskan masa sekali gus menjadi penguat semangat untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana di masa depan," katanya.

Maya tidak pernah mengabaikan pelajaran.
Maya tidak pernah mengabaikan pelajaran.