Sila log masuk terlebih dahulu.

[KOMPAS] Sudah-sudahlah rasuah

14 Disember 2023 | Kompas
A
A
A
[KOMPAS] Kebimbangan betapa rasuah kian menular dalam masyarakat menuntut usaha dan iltizam untuk membanteras gejala itu daripada meruntuhkan nilai moral bangsa.

Membiarkan rasuah bermaharajalela bermakna mendedahkan negara kepada bencana, justeru perjuangan anti-rasuah perlu sentiasa berjalan melibatkan rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan.

“SUDAH-SUDAHLAH RASUAH!” dalam forum Kompas bersama-sama Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub, dan Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Tuan Haji Fazrul Ismail akan mengupas isu ini.

Saksikan Kompas secara langsung yang dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di semua platform digital Sinar Harian.

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/677279124394923?locale=ms_MY

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=CeMunNcCkv0

Twitter: https://twitter.com/i/broadcasts/1YpKkwPlzjrKj

#SinarHarian #Kompas #HARA2023 #RasuahBusters