MB Terengganu ucap tahniah kepada barisan Kabinet baharu

Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri
A
A
A

KUALA NERUS - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakam ucapan tahniah atas pelantikan jemaah menteri baharu dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, tiada ulasan khusus yang diberikan oleh beliau selepas rombakan Kabinet itu dilaksanakan pada Selasa.

"Saya tiada komen khusus cuma saya ucapkan tahniah dan 'good luck' kepada mereka yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri yang baharu atau pun yang lama, yang dikekalkan," katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Exclusive Meet & Greet With World Championship FIM Mini GP 2023 di Litar Permotoran Terengganu, di sini, pada Rabu.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Anwar mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!