HARA Rasuah Busters: PTPTN tawar pelepasan cukai hingga RM8,000

Norazilla Safira (dua dari kanan) memberi penerangan mengenai pelepasan taksiran cukai hingga RM8,000 setahun kepada pengunjung yang hadir pada HARA 2023 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
Norazilla Safira (dua dari kanan) memberi penerangan mengenai pelepasan taksiran cukai hingga RM8,000 setahun kepada pengunjung yang hadir pada HARA 2023 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun kepada orang ramai sepanjang dua hari Program Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023 yang bermula pada Rabu.

Timbalan Pengurus Cawangan Pejabat PTPTN Selangor, Norazilla Safira Mohd Hamzah berkata, PTPTN selaku rakan sinergi Rasuah Busters membawakan inisiatif itu di reruai pameran mereka demi kemudahan orang ramai.

Norazilla Safira
Norazilla Safira

Katanya, pelepasan taksiran cukai berkenaan dapat dinikmati jika orang ramai membuat pendaftaran bagi tabung simpanan pendidikan anak-anak iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

"Dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober lalu, Perdana Menteri mengumumkan pelanjutan pelepasan taksiran cukai pendapatan ini jadi kami bawakan tawaran ini kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan HARA Rasuah Busters.

"Alhamdulillah setakat ini ramai yang rebut peluang untuk buka akaun Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus ini," katanya ketika ditemui di reruai pameran PTPTN di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

Selain PTPTN, beberapa lagi rakan sinergi Rasuah Busters turut membuka reruai pameran dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Jabatan Penjara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Integriti Malaysia (IIM), SIRIM Berhad (SIRIM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Norazilla Safira berkata, lebih menarik pendeposit Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus berpeluang untuk memenangi Cabutan WOW YES 2023 yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM2,023 kepada 23 pemenang.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu kita turut tawarkan kepada peminjam PTPTN insentif bayaran balik pinjaman iaitu diskaun sebanyak 10 peratus untuk penyelesaian penuh pinjaman atau bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

"Bagi peminjam yang daftar untuk bayaran pinjaman secara potongan gaji atau debit terus berjadual, mereka akan dapat diskaun sebanyak 15 peratus. Tempoh diskaun ini dari 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 sahaja. Jadi datanglah beramai-ramai ke program ini kerana banyak tarikan disediakan kepada semua lapisan masyarakat," ujarnya.