Kerajaan fokus tingkat pengeluaran padi - Mat Sabu

Kerajaan dalam proses memperluas lokasi tanaman padi termasuk di Sabah dan Sarawak. - Gambar hiasan
Kerajaan dalam proses memperluas lokasi tanaman padi termasuk di Sabah dan Sarawak. - Gambar hiasan
A
A
A

BAGAN SERAI - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus memberi fokus kepada pelaksanaan pelbagai program yang mampu memberi nilai tambah dalam meningkatkan pengeluaran padi di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia penting kerana beras merupakan makanan ruji rakyat selain tumpuan yang diberikan terhadap perkara itu adalah bagi memperkukuh agenda sekuriti makanan negara.

"Fokus kementerian kita ialah memastikan makanan asasi utama iaitu beras mencukupi terutamanya beras tempatan,” katanya.

Mohamad
Mohamad

Mohamad berkata demikian mengulas fokus utama yang akan diberikan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan semalam, mengekalkan kedudukan beliau menerajui kementerian itu.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis penutup Hari Keusahawanan dan Kurikulum di Maahad Al-Ehya Assariff di Gunung Semanggol di sini malam tadi, yang turut dihadiri lebih 300 tetamu.

Mohamad berkata, bagi memastikan perkara itu direalisasikan, kerajaan juga dalam proses memperluas lokasi tanaman padi termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Kita masih dalam proses perbincangan dan fokus terarah kepada mengenal pasti lokasi-lokasi yang berpotensi diperluas tanaman padi di kedua-dua negeri berkenaan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: