Lebih 38,000 pengunjung layari portal Banci Pertanian 2024

A
A
A

Hasil Banci Pertanian 2024 diharapkan dapat memenuhi indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan digunakan sebagai pengukur prestasi RMK12.
Hasil Banci Pertanian 2024 diharapkan dapat memenuhi indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan digunakan sebagai pengukur prestasi RMK12.

SHAH ALAM - Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bidang pertanian dapat dipertingkatkan sebaik mungkin untuk kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.

Bagi mencapai hasrat tersebut, portal Banci Pertanian 2024 telah diwujudkan khas sebagai pusat sehenti statistik pertanian untuk digunakan sebagai input supaya perancangan serta pembangunan dalam sektor pertanian negara dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Banci Pertanian 2024 amat penting kerana ia menjadi penanda aras baharu dalam penyediaan indikator sektor pertanian sekali gus menjamin bekalan makanan serta sosioekonomi rakyat.

Dilancarkan pada 20 Oktober lalu bersempena Hari Statistik Negara, portal Banci Pertanian 2024 telah berjaya menarik lebih 38,000 pengunjung dalam tempoh sebulan ia disiarkan menerusi laman maya setakat 27 November 2023.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Banci Pertanian 2024 akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Selain itu, banci tersebut turut melibatkan kerjasama daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) serta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Banci itu turut melibatkan pertubuhan dan isi rumah yang terlibat dalam aktiviti penanaman, perikanan & akuakultur, perhutanan dan pembalakan.

Artikel Berkaitan:

"Data yang diperoleh dari banci ini akan menjadi penanda aras untuk statistik pertanian negara. Hasil Banci Pertanian 2024 diharapkan dapat memenuhi indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan digunakan sebagai pengukur prestasi untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” jelas DOSM menerusi perutusan dalam portal https://www.myagricensus.gov.my/.

Banci Pertanian 2024 turut mencakupi beberapa indikator baharu antaranya pemerkasaan wanita dalam bidang pertanian, penyelidikan, pelaburan dan keputusan perniagaan serta statistik berkaitan alam sekitar.

Maklumat mengenai banci ekonomi sektor pertanian yang terdapat dalam portal Banci Pertanian 2024.
Maklumat mengenai banci ekonomi sektor pertanian yang terdapat dalam portal Banci Pertanian 2024.

Maklumat mengenai banci ekonomi sektor pertanian yang terdapat dalam portal Banci Pertanian 2024.

Dalam pada itu, portal tersebut turut menyatakan Banci Pertanian kali terakhir diadakan pada tahun 2025. Bagi tahun 2024, banci ini dilaksanakan melibatkan tiga fasa utama iaitu pra-banci, semasa banci (pengumpulan data) dan pasca-banci.

Fasa-fasa itu mencakupi penilaian liputan banci, penyebaran data banci, analisis tematik, pengelolaan dan penyimpanan data banci dalam pangkalan data interaktif serta penghasilan penerbitan laporan Banci Pertanian 2024.

Portal Banci Pertanian 2024, diakses melalui www.myagricensus.gov.my, menjadi medium utama bagi DOSM untuk menyampaikan informasi penting tentang statistik pertanian kepada masyarakat.

Portal ini menawarkan kandungan komprehensif dan interaktif dalam bentuk infografik dan visualisasi yang memudahkan pemahaman. Selain itu, terdapat platform chatbot di portal tersebut memungkinkan pengguna berkomunikasi secara langsung untuk mendapatkan informasi statistik pertanian yang diperlukan.

Info portal Banci Pertanian 2024

- Merupakan saluran penting untuk menyampaikan maklumat mengenai statistik pertanian kepada masyarakat.

- Boleh diakses menerusi www.myagricensus.gov.my.

- Isi kandungan yang komprehensif dan interaktif.

- Berperanan sebagai pintu gerbang maklumat, menyajikan pelbagai data dalam bentuk infografik dan visualisasi.

- Dapat diakses secara interaktif seperti Agrilnsight.