Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis adakan perjumpaan bersama penduduk

Beberapa anggota polis dilihat keluar dari kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Selasa.
Beberapa anggota polis dilihat keluar dari kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Polis akan mengadakan satu perjumpaan bersama komuniti penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada malam Rabu.

Perjumpaan itu difahamkan akan diadakan kira-kira jam 9 malam di Dewan Orang Ramai Blok L, Apartment Idaman dekat sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, perjumpaan berkenaan merupakan aktiviti biasa yang dilakukan pihaknya sebelum ini.

"Memang sebelum ini pun kita adakan perjumpaan untuk terangkan situasi semasa, ia satu perkara yang rutin bagi kawasan Petaling Jaya ini," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, beberapa kenderaan polis yang sebelum ini memasuki kawasan blok di sekitar pekarangan Apartment Idaman dilihat keluar kira-kira jam 10.30 malam.

Difahamkan anggota polis memasuki blok R di sini untuk menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah bagi siasatan lanjut berkaitan kes pembunuhan mangsa.

Tinjauan Sinar Harian sebelum itu mendapati lebih 20 anggota dilihat memasuki blok kediaman keluarga Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin itu kira-kira jam 8 malam.

Artikel Berkaitan: