Kes Zayn Rayyan: Keputusan DNA penduduk diperoleh dalam masa terdekat

Anggota Polis Diraja Malaysia dari Unit Forensik Bukit Aman ketika mengambil sampel DNA penduduk dalam usaha mengumpul bukti baharu bagi menjejaki pembunuh Zayn Rayyan baru-baru ini. - Foto Bernama
Anggota Polis Diraja Malaysia dari Unit Forensik Bukit Aman ketika mengambil sampel DNA penduduk dalam usaha mengumpul bukti baharu bagi menjejaki pembunuh Zayn Rayyan baru-baru ini. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Keputusan berkaitan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) secara beramai-ramai penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini dijangka diperoleh dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ujian berkenaan dijalankan adalah sebahagian daripada 'mass screening' yang dijalankan melibatkan penduduk di sini.

"Keputusan 'mass DNA screening' (ujian DNA beramai-ramai) penduduk Apartmen Indah, Damansara Damai dijangka diperolehi dalam tempoh dua hingga tiga hari.

Anggota Polis Diraja Malaysia dari Unit Forensik Bukit Aman mengambil sampel DNA penduduk dalam usaha mengumpul bukti baharu bagi menjejaki pembunuh Zayn Rayyan. - Foto Bernama
Anggota Polis Diraja Malaysia dari Unit Forensik Bukit Aman mengambil sampel DNA penduduk dalam usaha mengumpul bukti baharu bagi menjejaki pembunuh Zayn Rayyan. - Foto Bernama

"Jumlah keseluruhan sampel DNA yang diambil ialah sebanyak 228 sampel," katanya pada Selasa.

Pada Ahad, polis memaklumkan seramai 228 individu telah diambil ujian DNA melibatkan pemeriksaan unit rumah dan premis perniagaan di sini.

Dapatan terbabit berdasarkan pemeriksaan dijalankan melibatkan 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah.

Jumlah keseluruhan penduduk yang diperiksa adalah seramai 5,628 orang dan setakat ini ujian DNA yang telah diambil melibatkan 228 individu.

Artikel Berkaitan:

Pada Rabu, mangsa berumur enam tahun itu ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai kira-kira jam 10 malam.

Mangsa, Zayn Rayyan Abdul Matiin dipercayai dibunuh itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.