Kes bunuh Zayn Rayyan: Unit Forensik tiba lagi di blok kediaman mangsa

Beberapa kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai membawa anggota Unit Forensik dilihat memasuki pekarangan kawasan blok di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Selasa.
Beberapa kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai membawa anggota Unit Forensik dilihat memasuki pekarangan kawasan blok di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Beberapa kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki sekitar pekarangan blok sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Selasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kenderaan berkenaan yang turut membawa anggota polis dipercayai untuk menjalankan siasatan berhubung kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Anggota Unit Forensik PDRM menjalankan siasatan di lokasi Zayn Rayyan ditemui.
Anggota Unit Forensik PDRM menjalankan siasatan di lokasi Zayn Rayyan ditemui.

Kenderaan itu dilihat memasuki kawasan blok di sini kira-kira jam 7.55 petang.

Beberapa anggota polis turut dilihat berada sekitar lokasi berkenaan dipercayai bertujuan untuk siasatan.

Artikel Berkaitan: