Anjing K9 sekali lagi bantu siasatan di kediaman Zayn Rayyan

Anjing daripada Unit K9 sekali lagi dibawa dipercayai untuk pemeriksaan sekitar kawasan blok kediaman mangsa di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Selasa.
Anjing daripada Unit K9 sekali lagi dibawa dipercayai untuk pemeriksaan sekitar kawasan blok kediaman mangsa di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Seekor anjing daripada Unit Anjing Pengesan(K9) sekali lagi dibawa ke sekitar blok kediaman keluarga Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini pada Selasa.

Anjing berkenaan dipercayai dibawa bertujuan untuk menjalankan siasatan di lokasi berkenaan.

Suasana di sekitar lokasi kawasan parkir di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Selasa.
Suasana di sekitar lokasi kawasan parkir di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Selasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati lebih empat orang anggota polis turut bersama anjing itu ketika masuk ke dalam blok berkenaan.

Kenderaan yang membawa anjing berkenaan tiba di pekarangan kawasan blok sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar jam 5.10 sebelum keluar kira-kira jam 5.35 petang.