Berang tidur diganggu, lelaki tetak mati rakan sebilik

Keadaan dalam bilik mangsa selepas kejadian di Flat Haji Manan Kluang.
Keadaan dalam bilik mangsa selepas kejadian di Flat Haji Manan Kluang.
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki warga Bangladesh maut akibat ditetak dengan pisau pemotong daging oleh rakan sebilik yang berang selepas tidurnya diganggu di sebuah rumah di Flat Haji Manan, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata kejadian disedari rakan serumah mangsa sekitar jam 8 pagi sebelum majikan mereka menghubungi polis pada jam 10 pagi.

"Selepas kejadian, rakan sebilik mangsa cuba melarikan diri. Bagaimanapun lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun itu berjaya ditahan di Jalan Nyior berhampiran Taman Gunung Selatan Empat, pada kira-kira jam 4.45 petang Selasa.

Bahrin Mohd Noh
Bahrin Mohd Noh

"Soal siasat awal ke atas suspek, mengaku menetak mangsa dengan pisau pemotong daging kerana marah akibat diganggu ketika tidur," katanya pada Selasa.

Menurut Bahrin, mangsa yang meninggal dunia mengalami kecederaan di leher dan kepala itu dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.

"Empat rakan mangsa warga Bangladesh yang tinggal di rumah sama namun dalam bilik berasingan berusia 25 hingga 30 tahun turut ditahan bagi untuk membantu siasatan.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan permohonan reman akan diperoleh pada pagi Rabu," katanya

Artikel Berkaitan: