Tulisan Jawi: Tunku Azizah mulakan di Twitter

Paparan Twitter Permaisuri Agong.
Paparan Twitter Permaisuri Agong.
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi memartabatkan tulisan jawi, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memulakan langkah pertamanya dengan menciap di Twitter menggunakan tulisan jawi.

Menerusi ciapan baginda bertarikh 28 Disember lalu, baginda bertitah, “Mulai hari ini saya akan menulis jawi dalam Twitter memperkasakan tulisan jawi warisan kita.”

Titah Tuanku Azizah mendapat sokongan daripada netizen dan memuji tindakan baginda menulis dalam tulisan jawi termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Alhamdulillah tuanku, patik sokong agar dapat memartabatkan jawi semula," ciap Tan Sri Musa.

Tuanku turut membalas ciapan dengan menyatakan, "Tulisan jawi sudah menggegarkan negara, itulah kebesaran ALLAH SWT, Alhamdulillah."

Perkongsian baginda disifatkan menyuntik semangat dan motivasi kepada netizen khususnya orang Melayu untuk mempelajari tulisan itu selain memperkasakannya di laman sosial.

Bangsa lain turut memberi sokongan usaha tersebut.
Bangsa lain turut memberi sokongan usaha tersebut.

Pada hantaran sama, netizen juga dilihat membalas ciapan baginda dengan tulisan jawi sebagai tanda setuju dan sokongan termasuk bangsa lain yang pada masa sama dapat mempelajari tulisan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Kata Aj Azizul, "Tuanku pencetus aspirasi jawi bagi generasi rumpun Melayu. Sila kekalkan keunikan seni tulisan nenek moyang kita."

Dalam pada itu, Azlina bersetuju usaha tersebut kerana penggunaan tulisan jawi dapat dipraktikkan dengan meluas dalam penulisan harian kita.

"Alhamdulillah. Sokong sepenuhnya usaha Tuanku untuk memartabatkan tulisan jawi agar ia tidak lupus ditelan zaman. Terbaik Tuanku. Semoga penggunaan tulisan jawi dipraktikkan dengan lebih meluas dalam penulisan kita," tulisnya.

Sementara itu, perkongsian baginda menarik perhatian dan sehingga kini posting itu mencecah 12,400 ciapan dan 28,500 tanda suka dari netizen.