'Kita berdua tak perlu ada dalam isu ini...' - Pesanan Alyah pada Nana

Alyah hadir di konsert akhir All Star Gegar Vaganza sebagai tanda sokongan buat Nana.
Alyah hadir di konsert akhir All Star Gegar Vaganza sebagai tanda sokongan buat Nana.
A
A
A

NAMA Datin Alyah dan Siti Nordiana hangat diperkatakan sejak malam Ahad lalu selepas penyanyi berpengalaman dari Indonesia, Hetty Koes Endang secara terbuka berpendapat penyanyi kelahiran Sendayan, Negeri Sembilan itu lebih hebat menyanyikan lagu Kisah Hati berbanding pelantun asalnya.

Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas dalam kalangan netizen yang berpendapat, Alyah lebih sedap membawakan lagunya sendiri biarpun Siti Nordiana hebat di arenanya.

Biarpun isteri kepada Maestro Muzik, Datuk Ramli MS itu mengakui terkedu sebaik mendengar komen daripada Hetty, tetapi Alyah sedikit pun tidak menyimpan dendam.

Malah bintang berusia 42 tahun itu dilihat meninggalkan komen positif di hantaran yang dibuat oleh Siti Nordiana menerusi Instagram miliknya.

"Babe awak dah buat sehabis daya awak. Nana tetap Nana dan semua orang sayang Nana. Semoga terus maju jaya. Apa yang penting kita sama-sama kena jaga kesihatan untuk mencari rezeki hari mendatang...

"Ingat satu ini ya, kita tak pernah salahkan awak langsung. Kita berdua tak perlu ada dalam isu ini pun... Cikjah (Alyah) cayang mader (Siti Nordiana)," tulis Alyah.

Dalam hantaran itu, Siti Nordiana menyampaikan ucapan terima kasih atas kehadiran Alyah dan memohon maaf di atas kekurangan dirinya dalam menyampaikan lagu Kisah Hati.

Sementara itu, Alyah dalam satu kenyataan di Instagram turut menjelaskan tindakannya berkongsi semula komen daripada peminat menerusi Insta Story miliknya.

Artikel Berkaitan:

Jelas pelantun Thank You Allah itu, tindakan itu dibuat sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan.

"Walaupun dikejutkan dengan situasi yang agak buat saya terkedu sehingga saya tak tau nak beri reaksi macam mana dan hanya mampu tersenyum.

"Saya repost semua yang DM (direct message), tag nama saya sebab sokongan mereka terhadap saya buat saya sebak. Terima kasih banyak-banyak, cuma janganlah mengutuk sahabat saya (Siti Nordiana) dan bergaduh antara kelab peminat ya.

Nana menyampaikan lagu Kisah Hati, nyanyian asal Alyah pada segmen persembahan solo dalam konsert akhir All Star Gegar Vaganza. - Foto Azrul Rafie
Nana menyampaikan lagu Kisah Hati, nyanyian asal Alyah pada segmen persembahan solo dalam konsert akhir All Star Gegar Vaganza. - Foto Azrul Rafie

"Saya yakin, dia (Siti Nordiana) pun berusaha keras nak beri yang terbaik, begitu juga saya," tulisnya.

Tambah Alyah, dia juga merakamkan lagu Kisah Hati berulang kali kerana mahukan yang terbaik.

"Setiap penyanyi pasti akan lakukan sehabis baik untuk setiap nyanyian mereka. Tak kisahlah lagu sendiri atau lagu orang lain.

"Hargailah kami kerana usaha kami. Mohon janganlah banding-bandingkan kami kerana kami sahaja tahu bagaimana rasa sakit itu," katanya yang mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 38 menerusi lagu Cinta Sahabiyah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!