Polis panggil Lim Kit Siang Rabu ini

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merakam percakapan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada Rabu, bagi membantu siasatan berhubung kandungan penulisan dimuat naik dalam sebuah blog yang menyentuh isu perlembagaan berkaitan pelantikan Perdana Menteri.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan / Perundangan) (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman akan melaksanakan proses rakaman percakapan itu.

"Rakaman percakapan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Rusdi
Rusdi

Rusdi berkata, kes masih dalam siasatan PDRM, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

"Orang ramai diingatkan agar sentiasa prihatin terhadap isu-isu sensitif dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keharmonian negara," katanya.

Terdahulu, Kit Siang mengesahkan akan memberi keterangan PDRM berhubung kenyataannya yang menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.